Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday 21 May 2015

dibawa ke syurga dan neraka


KESAKSIAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA

Kesaksian ini diterjemahkan didalam bahasa Malaysia dan sekiranya ada ralat yang tidak disengajakan, sila rujuk video didalam bahasa Korea. Kesaksian ini diringkaskan tetapi masih didalam maksud yang sama .

Park Yong Gyu merupakan seorang pendeta dari Korea yang dibawa oleh malaikat syurga melihat syurga dan neraka. Pada tahun 1987, pendeta Park Yong Hyu meninggal dunia kerana menderita penyakit tekanan darah tinggi tetapi oleh kerana anugerah Tuhan, usianya dipanjangkan sehingga 20 tahun.

Dia tidak dapat bercakap pada 4 tahun yang pertama disebabkan keadaannya yang sangat kritikal. Umurnya pada waktu dia hidup ialah 50 tahun.

Saya ingin anda tahu jika anda sombong dan angkuh, anda akan mendatangkan kutukan atas dirimu sendiri. Saya memiliki Jemaat yang besar dengan 5000 ahli tetapi Tuhan merendahkan saya kerana kesombongan saya dan sekarang saya takut akan Allah. (Yakobus 4:6)

Saya memiliki 5 kereta mewah dan kekayaan sehingga 150 juta U$ tetapi selepas kematian saya, saya memberikan semuanya. Ingatlah, keselamatah tidak dapat diperolehi dengan banyaknya harta kekayaanmu melainkan oleh imanmu.

Pada 19 Desember , 1987, selepas saya makan dan berehat, saya merasa kesakitan yang membuatkan saya tidak sedarkan diri. Saya terjaga selepas 4 bulan kemudian dalam keadaan yang separuh sedar atau koma.Doktor mengatakan bahawa saya sepatutnya sudah mati kerana semua system saraf didalam tubuh badan saya tidak berfungsi. Saya lumpuh dan kemudian meninggal.

Selepas saya mati, saya melihat dua orang memasuki bilik tempat saya melalui dinding. Saya berteriak dan bertanya “Siapa! Siapa kamu? Rumahku akan hancur jika kamu begitu. (Sebab ternampak dua orang malaikat menuju ke bilik tidurnya dengan menembusi dinding dan mungkin dinding rumahnya akan roboh).

Salah satu daripada malaikat itu menjawab, “Kami adalah malaikat-malaikat yang turun dari syurga. Kami datang dari kerajaan Allah. Sinaran daripada malaikat itu memenuhi ruang  biliknya. Malaikat di sebelah kananku memperkenalkan dirinya dan mengatakan Dia berkeliling bagi Yesus dalam kerajaanNya dan Yesus yang memanggil dan memerintahkannya untuk turun ke bumi dan membawamu ke syurga kerana kamu sudah mati tetapi kerana keluargamu menangis.

Dia memberikan kamu supaya hidup lebih lama lagi tetapi sekarang Dia mahu kamu melihat syurga dan neraka dan memberi kesaksian kepada semua orang di bumi. Semoga jumlah orang yang berakhir ke neraka akan berakhir dan jumlah orang yang masuk ke syurga akan bertambah kerana kesaksianmu.

Tuhan memberitahu kami supaya menyampaikan kepadamu , supaya kamu jangan menunda. Jika kamu menunda, kamu tidak akan sanggup menunjungi syurga dan neraka.  Kemudian malaikat di sebelah kiriku berkata “Di saat kamu lahir dan sampai kamu meninggal, saya sudah bersama-sama denganmu”.

Sekarang saya tahu bahawa dia ialah malaikat penjagaku. Saya berkata bahawa saya tidak akan pergi kerana saya seorang pendeta dan tidak dapat bertemu dengan Tuhan dalam keadaan yang kritikal seperti ini. Saya ingin melihat Dia dalam keadaanku yang sihat. Saya mungkin akan menerima lebih banyak hukuman daripada pujian dari Tuhan. Saya angkuh dan sombong, sekarang saya terkutuk dan sakit. Bagaimana mungkin saya dapat masuk syurga? Saya sangat takut. Ku mohon kembalilah ke syurga dan mintalah kepada Tuhan untuk menyembuhkanku kemudian kembali ke sini dan membawaku ke syurga melalui mimpi. Ku mohon mintalah belas kasihan untukku.

Tetapi kedua malaikat itu tidak  mendengar permohonku. Mereka membuka pakaianku dan berkata bahawa pakaianku sangat kotor untuk masuk ke syurga, kemudian mereka memberikan aku pakaian putih. (Zak 3:4).

Selepas saya memakai pakaian putih itu, mereka memegang tanganku dan kami pergi ke syurga. Kami terbang melalui awan-awan dan semasa saya melihat ke bawah, saya melihat bumi menjadi semakin kecil. Mereka membawaku melalui jalan emas yang tiada penghujung. Saya melihat sebuah sinar yang sangat terang sehingga saya mata saya tidak dapat menatapnya. Saya bertanya kepada malaikat itu “Cahaya itu datang dari mana?” Malaikat itu mengatakan bahawa cahaya terang itu datangnya dari Syurga.

Saya sangat kagum tentang cahaya itu dan saya melihat sekelompok orang berpakaian putih terbang melaluinya. Saya bertanya lagi. “Siapakah mereka?”  Malaikat menjawab “Mereka adalah orang yang telah melayani Tuhan dengan setia dan percaya kepada Yesus dengan mematuhi dan mengikuti pimpinan Roh Kudus dengan segenap hati mereka. Tubuh mereka sudah mati di bumi. Mereka sekarang adalah jiwa-jiwa yang sedang menuju ke syurga.

Malaikat berkata “Ada 12 pintu gerbang di syurga, ketika sebuha jiwa datang ke syurga, mereka harus melalui salah satu daripada gerbang itu. Kami sedang berdiri di pintu selatan tetapi gerbang itu sudah tertutup. Sementera kami sedang menunggu , saya bertanya kepada malaikat itu .” Mengapa gerbang ini tidak terbuka?

Malaikat menjawab , Hal itu kerana kamu tidak bernanyi lagi penyembahan syurga. (Mazmur 100:4) . Saya bertanya. “Malaikat, saya sangatlah angkuh dan sombong, akibatnya saya dikutuk dengan penyakit. Saya bukanlah seorang penyanyi lagu penyembahan di bumi. Bagaimana saya dapat bernyanyi lagu penyembahan syurga sedangkan saya tidak pernah mendengar sebelumnya?

Malaikat menjawab “Engkau benar tetapi engkau harus tetap sedia untuk menyembah. Engkau adala seorang yang angkuh tetapi bersiaplah untuk menyanyi. Para malaikat mula menyanyi. Saat mereka menyanyi, saya turut menyanyi bersama mereka. Hal itu menjadi sangat alamiah bagi saya dan kami pun masuk melalui pintu gerbang yang terbuka itu.

Pemandangan di syurga tidak dapat digambarkan dengan bahasa di bumi. Saya berkata “Tuhan, terima kasih banyak! Sekalipun saya angkuh , sombong dan terkutuk dengan penyakit, Engkau tetap membawaku ke syurga untuk melihat-lihat.

Saya mendengar suara Allah “Pendeta Park Yong Gyu ku  yang tercinta, Aku menyambutmu. Kau telah menempuh perjalangan yang panjang ke sini. SuaraNya dipenuhi oleh cinta dan kelembutan. Saya menangis dan menjawab , “Tuhan…. “Malaikat segera berkata, “Kamu menjadi pendeta selama 20 tahun. Tidakkah kamu baca Alkitabmu? Tidak ada airmata di syurga. Jadi erhentilah!”. Saya tidak dapat meneruskan tangisku. (Wahyu 21:4)

Tuhan memberikanku 5 pertanyaan.
1.  Berapa banyak waktu yang kauluangkan untuk membaca Firman Tuhan (Alkitab)?
2.  Berapa banyak kau beri untuk persembahan?
3.  Berapa kali engkau menginjil orang?
4.   Apakah kau telah memberi persepuluhan dengan benar?
5.   Berapa banyak waktu yang kau habiskan untuk berdoa?

Saya tidak dapat menjawab soalan-soalan yang Tuhan berikan kepadaku. Tuhan menghukumku dengan 5 pertanyaan itu.

Setelah kamu menjadi seorang pendeta yang besar, kamu menjadi malas untuk berdoa dan sibuk bukanlah alas an untuk-Ku. Saya harus bertobat untuk hal itu kemudian. Malaikat akan memperlihatkan padamu banyak tempat di syurga dan neraka. Lihatlah di sekeliling sebanyak yang kamu harapkan. Kamu akan pergi setelah menyaksikan banyak bahagian yang berbeza dari syurga dan neraka”. Tetapi Tuhan tidak  mengizinkan aku untuk melihat wajahNya.

Para malaikat pertama membawaku ke 3 tempat yang berbeza di syurga.

1.  Saya melihat sekumpulan anak kecil di satu tempat (Tinggal bersama)
2.  Tempat tinggal orang dewasa
3.  Jiwa-jiwa yang berjaya mencapai ke syurga. Walaupun mereka dapat masuk ke syurga tetapi mereka masuk dengan perasaan malu.

Setiap anak kecil (bayi) mempunyai malaikat yang merupakan pelindung mereka. Di syurga kebanyakan jiwa-jiwa memiliki rumah sendiri. (Yohanes 14:2). Walaubagaimanapun, ada beberapa jiwa yang tidak memiliki rumah. Saya akan menjelaskan hal ini kemudian. Anak-anak tidak memiliki rumah mereka sendiri. Saya bertanya “Anak-anak juga adalah jiwa, mengapa mereka tidak memiliki rumah sendiri?

Malaikat menjawab “Sama seperti manusia di bumi memerlukan bahan-bahan untuk membangun rumah mereka. Kami yang ada di syurga juga memerlukan bahan untuk membangun. Ketika seseorang melayani Gereja dan orang lain dengan setia untuk Tuhan, maka perbuatan-perbuatan baik itu akan menjadi bahan untuk pembangunan rumah orang tersebut di syurga.

Ketika bahan-bahan disediakan, para malaikat yang ditugaskan akan bekerja untuk membangun rumah di syurga untuk orang itu. Anak-anak yang masih muda tiada bahan untuk membangun rumah. Dengan kata lain, mereka tidak memiliki waktu atau kesempatan untuk menghasilkan imbalan atau bahan. Ini lah sebabnya mengapa mereka tidak memiliki rumah.

Saya bertanya lagi kepada malaikat itu “Apakah yang seharusnya saya lakukan di bumi untuk menyediakan bahan-bahan bagi rumahku? Malaikat menjawab, Ada 7 hal yang harus dilakukan oleh seseorang untuk membangun rumahnya termasuk penyembahan dan pujian yang total kepada Allah.

1. Waktu yang mereka luangkan untuk membaca Alkitab
2. Waktu yang mereka luangkan untuk berdoa
3. Waktu yang mereka luangkan untuk menginjil orang
4. Persembahan seseorang kepada Allah
5. Ketaatan mereka didalam persepuluhan kepada Allah
6. Waktu yang mereka luangkan untuk melayani gereja dalam segala cara

Inilah perbuatan dan pekerjaan keana ketaatan di mana seseorang mengumpul bahan-bahan untuk membangun rumah syurgawi mereka. Jika seseorang kekurangan semua ini, mereka tidak akan memiliki bahan untuk membangun rumah mereka.

TEMPAT UNTUK ANAK – ANAK
Ada banyak orang di syurga yang tidak memiliki rumah. Mereka terdiri daripada pendeta, penatua, majelis agama, pemimpin dan sebagainya. Dan saya bertanya lagi “Di manakah anak-anak ini akan tinggal nanti?” Malaikat itu menjawab , “Mereka tinggal di sini”. Semasa saya melihat sekeliling, mereka semuanya berkumpul di kawasan taman bunga yang sangat indah dan wangi melebihi apa yang ada di dunia. Pemandangannya melebihi daripada apa yang saya gambarkan.

TEMPAT UNTUK ORANG DEWASA
Tempat kedua ialah tempat untuk orang dewasa yang setia. Ada perbezaan antara keselamatan dan upah. Di tempat ini ada banyak rumah  .(Yohanes 14:2). Rumah-rumah tersebut dibangun dengan permata/mutiara dan batu – batu yang sangat indah dan terdapat beberapa rumah yang dibina dengan sangat tinggi seperti bangunan pencakar langit di bumi. Mereka dengan setia melayani Tuhan semasa di bumi dan membangun rumah mereka dengan permata/mutiara dan batu yang indah. Di sini orang berumur antara 20-30 tahun. Tiada perbezaan antara wanita dan l elaki, tiada orang sakit , tua atau cacat.

Masa dulu, saya pernah mengenali seseorang yang sudah tua. Oh! I am Myung! Dia meninggal dunia pada waktu umur 65 tahun, bertubuh pendek dan setinggi anak kelas SD 2. Dia menderita penyakit tetapi apabila dia melekat pada Alkitab, dia seorang lulusan PHD. Dia banyak menulis artikel. Saya bertemu dia di syurga dan dia kelihatan sangat tinggi dan tampan. Dia tidak sakit lagi. Syurga adalah tempat yang sangat indah. Saya dengan penuh harapan, ku mohon percayalah apa yang saya katakan saudara-saudari terkasih!

ORANG – ORANG YANG DISELAMATKAN DENGAN PERASAAN MALU
Tempat ketiga ialah mereka yang diselamatkan dengan perasaan malu. (1 Kor 3: 15) . Desa ii sangat besar, beberapa kali lebih luas dari tempat yang kedua, di mana rumah-rumanya dibuat daripada mutiara/permata yang berkilau. Saya tiba di tempat ini dengan sangat laju sekali dengan menaiki kereta emas tetapi terletak di kawasan yang sangat jauh dari tempat lain yang saya lihat di syurga. Saya bertanya kepada Malaikat lagi “Saya melihat banyak tanah lapang dan hutan belantara.  Mengapa saya tidak melihat adanya rumah?.  Malaikat menjawab “Yang kamu lihat adalah rumah.”.  Saya melihat rumah flat yang besar , yang mengingatkanku akan kandang ayam raksasa atau seperi rumah gudang. Rumah-rumah ini tidak lah gelap tetap suram. Dewa dan rumah-rumahnya adalah untuk jiwa-jiwa yang telah diselamatkan dengan perasaan malu. Terdapat banyak rumah besar yang suram. Desa ini lebi besar dari tempat di mana jiwa-jiwa yang diberi upah tempat tinggal.

 Malaikat berkata “Apakah kamu melihat dua buah rumah yang besar itu, satu di sebelah kananmu dan satu di sebelah kirimu?,” Saya menjawab, Ya, saya melihatnya. Malaikat mahu saya melihat rumah itu secara terperinci. Rumah di sebelah kanan adalah untuk mereka yang merupakan pendeta di bumi. Rumah yang kanan adalah untuk pemimpin di bumi.

Ketika kami sampai di rumah itu, rumah itu semuanya sama . Saya tercengang. Ketika kami membuka pintu dan masuk, tekaan pertama saya ialah kandang ayam. Dan bukannya 1000 ekor ayam tinggal di kandangnya tetapi saya melihat jiwa-jiwa. Malaikat menyuruh saya melihat dengan teliti dan saya melihat beberapa pendeta terkenal yang ada didalam sejarah dan ianya memang benar.

Saya menyebut nama seorang pendeta dan bertanya kepada malaikat. “Saya kenal pendeta korea itu! Saya tahu dia sangat terkenal dan pekerjaan yang telah dia lakukan untuk Tuhan. Mengapa dia ada disini? Saya tidak mengerti. Malaikat menjawab “Dia tidak pernah menyediakan bahan-bahan untuk membangun rumahnya. Inilah mengapa dia tinggal di rumah susun.

Saya bertanya lagi kerana ingin tahu. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Mengapa dia tidak memiliki bahan-bahan? Dan malaikat menjawab “Semasa dia bekerja sebagai pendeta, dia menikmati pujian dari manusia. Dia senang dengan penghormatan dan lebih senang dilayani, tiada pengorbanan dan hati seorang hamba didalam dirinya. Pendeta ini sangatlah dihormati di korea dan menjadi icon didalam sejarah kekristianan di korea tetapi dia tidak mendapat upah.

Para pendeta di luar, kumohon, dengarkanlah! Anda harus menuntun orang bukan hanya pada pelayanan hari minggu! Anda harus mengunjungi rumah mereka, harus memelihara orang meskin, orang cacat dan yang tua. Para pendeta yang telah melayani tanpa mengorbankan hidup mereka dan minta dihormati tidak memiliki upah di syurga. (Matius 23: 5-12).

Selepas saya menyaksikan semuanya, saya kembali ke bumi. Saya segera memberikan semua harga milik saya termasuk 5 buah kereta mewah. Hidup hanya untuk sementara. Dalam Alkitab, rata-rata hidup iini adalah 70 – 80 tahun tetapi hanya Tuhan yang menentukan semuanya itu. Saya telah mengambil keputusan untuk memberikan semuanya termasuk pakaian saya. Orang – orang yang saya lihat menerima keselamatan dengan rasa malu. Mereka adalah pendera, majlis agama, gembala dan umat percaya.

Ada sejumlah besar majlis agama dan gembala berada didalam rumah yang suram ini. Ini tentu lebih baik daripada neraka tetapi kenapa ada saja orang yang masuk ke syurga dengan cara yang demikian. Saya tidak mahu berakhir di tempat yang memalukan itu. Pakaian mereka sangat suram.

APAKAH SYARAT – SYARAT BAGI ORANG KRISTIAN UNTUK MEMILIKI RUMAH YANG INDAH DI SYURGA?
Kita harus menginjil seberapa banyak orang yang mungkin supaya mereka percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Bagaimana caranya kita menginjil? Malaikat memberitahuku , “Contohnya ada seorang yang tidak mengenal Tuhan, pada saat kau memutuskan untuk menginjil orang tersebut, bahan-bahan untuk membangun rumahmu telah disediakan.

Saat engkau tidak jemu-jemu berdoa untuk keselamatan mereka, lebih banyak lagi bahan untuk bangunan disediakan. Kau harus secara menerus memeriksa keadaan mereka, menunjungi mereka dan meneruskan penginjilanmu. Hal ini akan menambah jumlah bahan-bahan untuk membangun rumahmu.

Jika seseorang berkata, Mereka tidak memiliki baju yang baik untuk pergi ke geraja, engkau harus menyediakannya untuk mereka. Jika seseorang tidak memiliki Alkitab, engkau harus memberikan Alkitab untuk mereka. Jika seseorang tidak memilik kaca mata untuk membaca, engkau harus memberikannya. Engkau harus menyediakan apapun juga yang engkau mampu sehingga orang ini dituntun untuk mengenal Tuhan. Mereka yang tinggal di rumah yang terbaik ialah mereka yang menginjil banyak orang.

Para malaikat kemudian membawaku ke tempat di mana orang-orang kudus tinggal. Di sinilah tempat bagi orang kudus yang telah menginjil banyak orang. Keadaan tempat itu seperti kota syurga. Didalam sejarah kristian, para malaikat memperlihatkan kepadaku rumah seorang penginjil Amerika D.L Moody, Pendeta Engglish John Wesley dan penginjil Korea Pendeta Choi Gun Nung. Ke – 4 orang ini memiliki rumah paling besar di syurga. Ke – 4 orang ini telah menghabiskan seluruh hidup mereka untuk menginjil orang-orang sehingga di saat kematian mereka.

Di antara umat percaya di Korea, ada seorang yang memiliki rumah yang besar. Orang ini telah membangun banyak gedung gereja dengan hartanya. Dia telah memberikan 3000 karung beras kepada orang meskin. Dia dengan secara rahsia telah membantu para pendeta dan pemimpin serta para theologian dari segi kewangan. Dia juga membawa seorang pendeta yang berumur 65 tahun ke rumah dan merawatnya di mana gerejanya telah mengusirnya keluar.

Saya mendengar seorang malaikat berteriak “Bahanya telah datang!”. Saya bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kanan saya mengenai bahan itu. Dia berkata “Bahan ini untuk penatua dari sebuah gereja kecil di satu Negara. Malah dia menerima bahan-bahan setiap hari. Walaupun dia meskin, dia datang melayani di gereja setiap hari. Selepas dia selepas berdoa, dia membersihkan gereja.

Saya mendengar malaikat lain berteriak’ Kiriman special!.” Anak perempuan si penatua telah memberikan satu satunya wang yang ia miliki kepada ibunya tetapi si penatua tidak memakai wang itu untuk kepentingannya sendiri. Dia membeli 5 biji telur dan 2 pa sang koas  untuk pendeta gereja. Walaupun seperti halnya persembahan kecil, dia telah memberikan semua yang dia miliki. Ini menjadi bahan special untuk rumahnya di syurga.

Kedua, mereka yang memiliki rumah besar adalah mereka yang telah membangun gedung gereja atau gedung lain untuk kerajaan Allah dengan harta dan penghasilan mereka. Di syurga, saya juga bertemu dengan seorang penatu bernama Choi. Di antara penatua dan gembala yang ada di syurga, dia memiliki rumah yang paling indah. Rumahlah lebih tinggi daripada gedung yang paling tinggi di korea. Choi telah membangun banyak gereja di korea dengan kekayaannya.

Saya bertanya kepada malaikat, “Bagaimana dengan rumahku? Apakah dalam proses pembangunan? Malaikat menjawab “Tepat sekali!. Saya memohon untuk melihat rumahku tetapi mereka mengatakan kepadaku bahawa hal tersebut tidak diizinkan. Saya tidak berhenti memohon supaya dapat melihat rumah saya dan malaikat mengatakan bahawa saya telah diizinkan oleh Tuhan untuk melihatnya.

Kami memasui kereta dan menuju ke satu tempat yang sangat jauh. Saya penuh dengan harapan dan bertanya “Di manakah rumahku? Malaikat menjawab , “Ada di sana”. Tapi yang terlihat hanyalah sebuah Fondasi yang hanya siap untuk pembangunan. Saya menangis dan berkata “Mengapa kau lakukan hal ini kepadaku? Bagaimana mungkin ini boleh terjadi? Bagaimana mungkin pembangunan untuk rumahku berada di kawasan ini?

Setelah selamat daripada perang Korea, saya menjual rumahku untuk membangun gereja. Gereja ini bertumbuh sehingga 5000 ahli. Saya menulis banyak buku yang diilhamkan oleh Roh Kudus. Salah satu buku yang menjadi Best Seller. Dari hasil penjualan buku, saya membangun sekolah kristian. Sekolah telah melahirkan 240 pendeta.

Saat masih menjadi Decon, saya telah memberi lebih daripada 400 biasiswa kepada lebih dari 400 anak – anak meskin. Saya telah membangun rumah unutk janda- janda tinggal Semua ini perlukan perbelanjaan yang besar. Mengapa hal ini terjadi? Mengapa pembangunan untuk rumahku berada di kawasan ini? Saya sangat stress.

Malaikat menjawab “Kamu tidak pantas untuk tinggal dalam rumah yang indah di syurga kerana kamu telah menerima penghormatan dari manusia berulang kali. Setiap kali telah mebangun atau melakukan yang baik, kamu dipuji oleh manusia. Kamu bahkan menerima pujian daripada Koran setempat , kerana itu, semua pekerjaanmu menjadi sia-sia.  (Matius 6:1)

Saya melihat rumahku di kawasan pembangunan, lokasinya terletak di tengah-tengah 3 buah rumah yang lain, hanya ada 3 lantai. Rumah tersebut memiliki banyak bilik kecil di dua lantai pertama. Saya kepada malaikat. “Mengapa saya memiliki kamar-kamar kecil? Malaikat menjawab “Kamar-kamar ini diperuntukan untuk putera dan puterimu”.

Saya hanya mempunyai 4 orang anak’. Malaikat berkata “Bukan, kamar-kamar tersebut bukan untuk anak-anak duniawimu  tetapi untuk mereka yang telah kamu injil dan selamat”. Saya suka itu! Saya bertanya.” Di  manakah bilik tidurku?”. Malaikat berkata “ Di atas atap”. Dengan nada marah, saya berkata “Ruangannya sangat kecil, mengapa begitu sulit untuk diselesaikan?” Malaikat menjawab”..Kamu bahkan belum meninggal. Kami tidak boleh menyiapkan rumah atau bilik tidurmu kerana kami tidak tahu bila ada bahan-bahan yang akan ditambahkan kemudian. Apakah kamu mengerti?

Ketika kami memasuki ruangan bilikku, saya melihat dua sijil di dinding dan saya membacanya. Sijil pertama saat saya berumur 18 tahun dan tinggal di rumah yatim piatu. Pada hari natal, saya dalam perjalanan pulang ke ibadah pagi. Saya melihat seorang laki-laki tua tidur di jalanan. Saya membuka jaket dan memberikan kepadanya. Tindakah itu telah memberikan saya upah di syurga. Sijil yang kedua menggambarkan kejadian yang sama tetapi untuk membelikan makanan kecil bagi seorang lelaki tua. Bukan masalah seberapa banyak wang tetapi tindakan itu haruslah disertai dengan hati yang tulus dan ikhlas.

Kami meninggalkan tempat itu dan balik semula ke tempat yang asal. Dalam perjalanan , malaikat bertanya kepadaku “Apakah kamu sedih? Saya akan memberitahu kamu bagaimana caranya untuk membangun rumah yang indah. Tuhan berkata, saat kamu kembali ke bumi, kamu harus pergi memberitahukan kepada orang-orang tentang syurga dan neraka seperti yang kamu saksikan.

 Kedua, Tuhan inginkan kamu membangun sebuah tempat untuk para pendeta dan tua wanita dan penginjil yang tidak memiliki tempat untuk bernaung. Jika kamu setia melakukannya, kamu akan memiliki rumah yang indah.

NERAKA
Kedua malaikat itu kemudian membawaku ke neraka. Mereka berkata, “Sekarang kamu akan mengunjungi neraka. Anda tidak boleh membayangkan betapa luasnya neraka. Saya terus berteriak, Sangat besar! Sangat besar! Di sini adalah tempatnya jiwa-jiwa terkutuk dan menerima penghukuman kekal. Rasanya seperti neraka 1000 kali lebih luas dari bumi. Setengah dari neraka berwarna merah dan setengahnya berwarna hitam gelap. Saya bertanya kepada malaikat , “Mengapa bahagian ini berwarna merah?’.. Malaikat menjawab “Tidakkah kamu tahu, itu adalah bara sulfur. Ketika manusia berdosa dan berakhir disini, mereka akn diseksa dari kedua sisi.

Ada beragam jenis gereja di umi dan banyak gereja yang ibadahnya dihadiri banyak orang tetapi kebanyakan daripada mereka bukan kristian sejati. Mereka hanyalah pengunjung. Gereja yang benar akan percaya adanya syurga dan neraka. Ketika seorang jiwa masuk ke syurga, 1000 jiwa terkutuk masuk ke neraka. Perbandingan jumlah syurga dan neraka ialah 1:1000 . Matius 7 : 14.

Saya seorang Pendeta Presbyterian dan seorang penceramah terkenal. Saya lulusan daripada sekolah teologi terbesar di korea. Saya tidak pernah percaya kisah syurga dan neraka tetapi saya sekarang salah seorang yang menulis pengalaman serupa untuk bersaksi kepada yang lain. Walaupun anda yakin telah menjadi seorang kristian, jika anda menjalani kehidupan mengikut kehendak setan, anda akan berakhir di neraka.

Tempat pertama yang saya lihat ialah bara sulfur. Anda bahkan tidak dapat membayangkan betapa panasnya api neraka itu. Tidak ada seorangpun yang dapat menahan kepanasannya. Jiwa-jiwa di neraka mengungkapkan 3 pernyataan .

1. Terlalu panas dan merasa sekerat (Lukas 16: 24)
2. Anda akan mendengar banyak meminta air. (Zakh 9:11)

Sampai kekekalan! Banyak orang berkata, kita bebas di dalam Kristus dan mereka menjalani kehidupan merka seperti yang mereka inginkan. Saya bertanya kepada malaikat. “Mereka yang berada disini, apa yang telah mereka lakukan? Malaikat menjawab “Kumpulan pertama adalah orang-orang yang tidak percaya. Mereka yang tidak menginjil anggota keluarganya harus bertobat”.

Malaikat kemudian melanjutkan “Kumpulan kedua adalah mereka yang percaya kepada Yesus tetapi tidak bertobat daripada dosa-dosa mereka. Kita harus bertobat dari doa kita dan mengakuinya di hadapan Tuhan. Kita tidak boleh berdosa. Hanyalah ucapakan mulut bukanlah sebuah pertobatan. Dengan hati yang hancur dan tulus, kita harus bertobat!

Saya kemudian melihat banyak pendeta, penatua dan majlis di neraka. Saya bertanya kepada malaikat. “Saya mengenal mereka. Mereka telah melayani Tuhan dengan setia saat di bumi. Mereka telah meningga beberapa waktu yang lalu. Kami semua berfikir bahawa mereka ada di syurga bersama Tuhan tetapi sekarang, saya melihat mereka di neraka. Mereka menangis  kepanasan! Mengapa mereka ada disini? Terdapat banyak pendeta , penatua, majlis dan umat percaya.

Malaikat menjawab “Pendeta Park Yong Gyu, seorang yang dilihat sebagai pengikut Kristus yang sejati tetapi Tuhanlah yang mengetahui hati seseorang. Mereka disini kerana mereka tidak menjaga hari minggu tetap Kudus, kenyataannya mereka suka menghasilkan wang pada hari minggu. (Yer 17:27). Banyak majlis dan penatua yang mengkritik kotbah pendeta mereka. (Mazmur 105: 5. Bilangan: 12: 8 – 9 ). Mereka tidak berdoa. Banyak dari para penatua dan majlis ini telah menyerang pendeta mereka dan melanggar authority mereka, mencampuri tugas dan urusan pendera mereka. (Bil 16) . Mereka tidak menginjil orang sama sekali. (Yeh 33: 6) . Saat mereka sedang berkarat, mereka fikir mereka telah melakukan pekerjaan yang baik sehingga mereka tidak bertobat. Inilah mengapa mereka dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian saya melihat seorang Raja dan seorang pangeran yang pertama kali menganiaya orang-orang kristian di Koreaa. Mereka ditempatkan di tengah – tengah , yang merupakan tempat yang terpanas. Saya juga melihat Hitler, Stain, Mao Zhe Dong dan seorang pendeta terkenal dari Korea Utara bernama pendeta Kang  dan seorang pahlawan Jepun yang terkenal dan banyak lagi.

Kemudian kami tiba di bahagian yang paling gelap, terlalu gelap untuk melihat walaupun kami melangkah. Saya berteriak, Malaikat! Malaikat! Sangatlah gelap!”. Malaikat menepuk pundak saya dan berkata , “Tunggulah sejenak!”.

Dalam beberapa saat, saya dapat melihat sejumlah besar orang yang telanjang. Tubuh mereka dipenuhi dengan serangga yang merayap. Tiada satu inci pun yang bebas kerana serangga itu memenuhi tubuh mereka. Orang yang telanjang itu berusaha untuk mengibaskan serangga –serangga hingga mengertakan gigi mereka. Saya bertanya “Apa yang telah mereka lakukan saat mereka hidup di bumi?..Mereka adalah orang-orang yang telah mengkritik dan menggosipkan orang lain di belakang mereka. Mereka tidak berhati-hati dengan apa yang mereka ucapkan mengenai orang lain. (Matius 5:22).

 Saya melihat para setan menusuk dan menikam perut orang-orang dengan tombak. Teriakan mereka sungguh memilukan. Saya bertanya lagi mengenai apa yang telah mereka lakukan di bumi? Orang – orang ini memiliki pekerjaan, rumah dan keluarga tetapi mereka tidak memberi kepada Tuhan.

Mereka tidak membantu orang – orang meskin. Gereja merka atau tujuan ilahi lainnya. Mereka sangatlah pelit dan rakus. Walaupun mereka bertemu dengan orang meskin, ,mereka mengabaikan orang meskin tersebut dan mereka tidak peduli. Mereka hanya peduli kepada keluarga dan diri mereka sendiri, mereka berpakaian indah dan sangat cukup. Inilah mengapa perut mereka ditusuk kerana perut mereka penuh dengan keserakahan. (Amsal 28:27)

Hal itu adalah pemandangan yang menakutkan. Selepas saya menyaksikan pemandangan yang seperti itu, saya memberikan semua wang dan harta kepada yang lain. Keselamatan tidak dapat diperolehi dengan wang dan harta tetapi dengan iman. Neraka adalah tempat yang tidak tertahankan dan sengsara. Hal itu adalah  penyeksaan yang kekal.

Saya juga melihat orang percaya yang dipenggal kepalanya dengan kapak yang sangat tajam. Saya bertanya lagi kepada malaikat tentang hal itu. Malaikat menjawab “Otak mereka telah diberikan Tuhan untuk memikirkan hal-hal yang baik dan bermanfaat. Tetapi orang ini telah memikirkan hal-hal yang kotor, mereka memikirkan hal – hal yang penuh nafsu . (Matius 5:28).

Berikutnya, saya melihat orang-orang ditikam dan dipotong hingga beberapa bahagian . Pemandangan itu sangat mengerikan. Saya bertanya ,” Bagaimana dengan orang-orang ini? Apakah yang telah mereka lakukan sehingga mereka diseksa demikian? Malaikat menjawab “Mereka adalah penatua, majlis agama yang tidak melayani gereja mereka. Bahkan mereka tidak mahu bekerja atau melayani! Satu – satunya hal yang mereka sukai ialah menerima dan menerima dari para kawanan. (Zakh 11:17 , Hosea 6:5).

Saya melihat para penatua, majlis agama dan umat percaya lainnya diseksa oleh setan. Para setan membuat lubang di lidah tiap-tiap orang dan menaruh kawat panjang kemudian menarik mereka dengan kawat yang saling terhubung itu. Saya bertanya lagi .” Apa yang telah mereka lakukan di bumi?’.. Malaikat menjawab “Mereka telah melakukan 4 jenis dosa yang berbeza. Mereka mengkritik pendeta mereka, mereka akan mengatakan hal-hal yang negetif mengenai pendeta mereka, mereka bergossip dan mentertawakan pendeta mereka. (Yak 3: 6, Mat 12: 37 ). Saya memohon kepada mereka yang telah melakukan dosa yang demikian, BERTOBATLAH! BERTOBATLAH!

Malaikat meneruskan “Mereka menghina gerej dengan ucapan mereka, mereka melukai orang-orang kristian yang lainnya sampai pada titik bahkan mereka setia pun terluka dan mereka berhenti mengunjungi gereja bahkan bebrapa daripada mereka berhenti untuk percaya. Mereka melakukan semua hal untuk menghentikan orang-orang kristian yang setia dari melakukan pekerjaan Allah. Orang-orang jahat ini menyebabkan banyak orang kristian yang setia tersandung , mereka suami isteri yang minum alcohol dan bertindak kejap kepada anggota keluarga mereka.

Saya melihat para setan menusuk pria dan wanita di perut mereka dengan paku yang sangat tajam dan besar. Saya bertanya .”Apakah yang telah mereka lakukan? Malaikat menjawab” Mereka adalah wanita dan lelaki yang telah hidup bersama tanpa komitmen pernikahan. Mereka bersalah kerana membuat pengguguran ketika mereka hamil. Mereka tidak pernah bertobat.

Saya melihat kumpulan yang lain, para setan mengiris bibir mereka seperti mengiris tipis dading dan sayuran. Saya bertanya “Mengapa orang-orang dini diseksa dengan cara demikian?. Malaikat menjawab “Mereka adalah Putera dan Puteri , menantu wanita dan lelaki yang telah membantah orang tua mereka. Apa yang seharusnya mereka lakukan hanyalah mengatakan “Saya meminta maaf, bukannya membuat keadaan menjadi bertambah buruk. Banyak dari mereka telah menggunakan kata-kata yang kasar. Mereka telah menyerang orang tua mereka dengan kata-kata yang keras. Mereka memberontak. Itulah bibir mereka dihiris.

Saudara, suatu hari nanti, kita pasti akan meninggalkan dunia ini tetapi tidak tahu bila. Ku mohon bersiap-siaplah untuk pergi ke syurga. Bilakah kita akan pergi, kita tidak tahu. Tolonglah ampuni setiap orang sebanyak mungkin yang diperlukan. Bertobat dan bertobat, lakukan hal tersebut sepanjang hari.

Saudaraku yang terkasih, saya biasanya mengabaikan kesaksian yang demikian. Saya seorang pendeta Presbterian kuno yang mengabaikan hal-hal demikian tetapi sekarang saya harus menyaksikan dan bersaksi kepadamu apa yang telah saya lihat. Tolong jangan ragu untuk hidup kudus. Tolong hindari siksaan dan penghakiman yang sengsara ini.

Jadilah selamat!  Janganlah hidup secara duniawi dan serahkanlah dirimu bagi kerajaan Allah. Menginjil dan berbuah!Tolonglah berdoa di subuh hari dan jagalah hari minggu tetap kudus. Tolong berikan kepada Tuhan perpuluhan yang benar, kumpulkan upahmu di syurga dan bukan di bumi ini. Saya berdoa dan memberkatimu dalam nama Tuhan Yesus yang berkuasa!

Oleh Pastor Park, Yong Gyu.

Ulasan singkat Ark mengenai kesaksian Pastor Park Yong Gyu ialah setiap orang diperlengkapi untuk berbuat baik. Oleh itu, selagi kesempatan untuk berbuat baik itu ada, lakukanlah untuk Tuhan. Walaupu kita mungkin bekerja pada hari perhentian , serahkan semuanya pekerjaan kepada Tuhan setiap hari didalam doa , apapun dan kunci daripada semuanya ini ialah BERDOA. Apapun keadaan kita, apapun penderitaan, penganiayaan, kesenangan atau apapun yang kita terima dalam keadaan kita sekarang ini, bawa semuanya itu kepada Tuhan kerana kita sebagai manusia yang lemah , tidak kuat untuk berbuat baik dan mengasihi sesama tetapi hanya melalui DOA . Tuhan tahu dan memahami situasi kita , Dia lebih tahu sebelum kita mengucapkan dan memanjatkan doa kepadaNya tetapi kita tetap setia dengan doa kita walau apapun.

Mengenai persepuluhan, kita membantu orang dan melayani untuk kemuliaan Tuhan. Oleh itu, berapapun persepuluhan yang kita bagi, itu Tuhan tidak kisah, yang Dia mahu ialah keikhlasan hati kita untuk melayani Dia , lihat bagaimana seorang janda memberikan persembahan hanya 1 sen kepada TUHAn tetapi TUHAN menerima dengan adanya dia kerana janda meskin ini menyerahkan seluruh hidupnya kepada Tuhan.

Jadi PENYERAHAN DIRI SELURUHNYA kepada TUHAN itu sangat penting, IAITU RENDAH HATI dan SENTIASA BERTOBAT sebab di dalam 10 hukum itu, Tuhan ringkaskan menjadi dua bahagian iaitu KASIHILAH SESAMAMU MANUSIA SEPERTI ENGKAU MENGASIHI DIRIMU SENDIRI dan HORMATILAH ORANG TUAMU.. HUKUM itu jika kita turuti, ia akan menjadi HUKUM yang mengatasi 10 HUKUM kerana tanpa KASIH, semuanya sia-sia.

Perbuatan berdoa , membantu orang lain ,  mengampuni mereka atau berbuat baik untuk orang lain adalah perbuatan kasih.

Tuhan memberkati!

Ark Of The Life

1 comment: